Pilihanraya Ke 13 Bernilai RM300 JUTA Lebih


Sehinggalah akhirnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak memberikan laporan di mana belanja menguruskan Pilihanraya ke 13 akan menjangkau sehingga RM300 juta. Lebih RM100 juta berbanding Pilihanraya ke 12. Kos yang diberikan oleh SPR ini jikalau diadakan serentak bersama 3 negeri Pakatan Rakyat. Jikalau buat berasingan, berapalah agaknya jumlah kosnya ya? Mungkin RM350 juta ? RM400 juta?

Baru-baru ini negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, Selangor dan juga Kedah tak mahu melaksanakan Pilihanraya ke 13 serentak dengan negeri-negeri lain. Mereka nak buat berasingan. Banyak alasan dan sebab-musabab dikemukakan. Manakala Kelantan pula lain pula pendirian, mereka mengambil keputusan untuk turut serta dalam bersama-sama negeri-negeri lain.
  • Adakah penyertaan “berani” Kelantan yang merupakan satu-satu negeri Pakatan Rakyat mahu mengadakan Pilihanraya ke 13 serentak adalah satu taktikal daripada Pakatan Rakyat? Memandangkan Kelantan dilihat “lebih selamat” berbanding 3 negeri yang lain? Mungkin?
  • Ataupun memang Kelantan dah berhajat benar untuk mengadakan Pilihanraya Ke 13 pada bila-bila masa sahaja?

Apa sebab kos Pilihanraya Ke 13 Boleh Bertambah Sebegini Banyak (Jawapan SPR)?

  • Bilangan daftar pemilih
  • Peralatan pilihanraya ke 13 yang bertambah seperti kotak undi, penindik dan kenderaan
Walaubagaimanapun, itu hanya anggaran kasar. Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan kos undi pos untuk pemilih di luar negara kkan menyebabkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10 (sekitar RM32)
Banyak juga kos perbelanjaan menguruskan Pilihanraya Ke 13 nanti ya? Walaubagaimanapun selepas melihat jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Dewan Rakyat berdasarkan pilihanraya kecil yang dijalankan sejak Pilihanraya umum 2008, kami tidak merasa pelik angka-angka yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya
Dalam rekod (hansard parlimen), selepas pilihanraya umum ke 12 :
  • Terdapat 16 pilihanraya kecil telah diadakan di atas pelbagai sebab antaranya wakil rakyat meninggal, wakil rakyat letak jawatan
  • Perbelanjaan yang digunakan oleh SPR bagi menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) adalah di antara RM318,000.00 hingga RM1,290,000.00, bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut
  • Jumlah perbelanjaan 16 pilihanraya kecil (10 dun, 6 parlimen) berjumlah sehingga RM8.9 juta
  • Semakan berdasarkan Pilihanraya 2008 menunjukkan terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di 12 negeri kecuali Sarawak (kerana mereka mempunyai pilihanraya Sarawak).
  • Jadi anda buatlah perbandingan perbelanjaannya bagaimana?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )