
Kadang-kadang tersenyum kami sendiri melihat telatah mereka walaupun SPRM yang telah melalui beberapa “penjenamaan semula” dan transformasi tetapi rupanya masih ditakuk lama. Pada mulanya dikenali dengan Badan Pencegahan Rasuah kemudian diberikan “nafas baru” badan ini sehingga dikenali suruhanjaya yang diharapkan lebih bebas. Hakikatnya? Mentaliti serupa juga.
Jerung kalau dibiarkan berkeliaran di pantai Malaysia, bahaya tak? Begitu juga kepada negara Malaysia apabila penjenayah seperti ini dibiarkan bebas di luar sana….
Lagi satu, kata pengarah SPRM, rekod tertinggi kes rasuah tahun ini ialah RM35 ribu yang diterima oleh pengurus TNB. Walhal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya. Namun, setakat bulan Ogos, SPRM berjaya merekodkan kes rasuah tertinggi sebanyak RM35 ribu. Kasihan……..
Baru-baru ini SPRM diberitakan akan menggunakan pendekatan Sun Tzu untuk memerangi rasuah di negara ini.
Yang lawaknya, kata pengarah tersebut: “Kami berharap trend orang awam melaporkan sebarang cubaan rasuah kepada SPRM akan berterusan bagi membendung kegiatan rasuah.” Masalahnya orang sudah letih melaporkan salah laku pemimpin rasuah, namun, tindakan yang “SPRM mampu lakukan”?
SUBANG JAYA: Penangkapan berhubung kes rasuah di negara ini didapati meningkat dalam tujuh bulan pertama tahun ini dengan sekurang-kurangnya 520 individu termasuk penjawat awam ditahan membabitkan pelbagai kesalahan.“Jumlah rasuah tertinggi bagi tahun ini direkodkan ialah kes rasuah RM35,000 oleh seorang pengurus syarikat kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan bayaran elektrik.” “Trend penangkapan terkini dilihat kepada pemberi rasuah berbanding penerima rasuah berikutan kesedaran awam melaporkan kes kepada SPRM.” HARIAN METRO
Maksudnya SPRM punya KPI ini masih rendah lagi. Ala-ala nilai kes rasuah tersebut melibatkan sebuah kereta Viva sahaja. Mungkinkah SPRM tak cukup bajet untuk “membeli pukat yang lebih besar” dan apabila cukup peralatan SPRM, beranikah mereka untuk menangkap jerung-jerung besar di luar sana?

http://bit.ly/pengetahuanam
( Sumber Rujukan PA Anda )