Mahasiswa semakin kuat berpolitik




Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan ke atas Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sekali gus membenarkan pelajar universiti untuk bergiat dalam politik.

Najib memaklumkan, pelajar yang berumur 21 tahun ke atas dibenarkan untuk menyertai mana – mana parti politik dan bergiat aktif. “Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa, di bawah Perlembagaan, kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mereka menjadi ahli parti politik,” katanya.

Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).

Beliau berkata perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.



Hak Mahasiswa

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Saifuddin berkata pada majlis penutup Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar semalam, beliau menerima resolusi dari wakil pemimpin mahasiswa yang mahukan mereka diberi kebebasan untuk terlibat dalam politik kepartian.

Tahun lepas, kerajaan meminda Auku dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran khas Naib Canselor.

Saifuddin berkata selepas perbincangan dengan pelbagai pihak nanti, kerajaan akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan Auku bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa supaya boleh terlibat dalam politik kepartian.










http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )