Program Transformasi Kerajaan



Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Menuju Ke Arah Transformasi Kerajaan

Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:

1.Pengenalan
2.Mengurangkan jenayah
3.Membanteras rasuah
4.Mempertingkatkan pencapaian pelajar
5.Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah
6.Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar
7.Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar




Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan

Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (PTK) merupakan langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju.Najib memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan PTK pada April tahun lepas, bulan yang sama beliau mengambil alih tampuk pimpinan negara, dan turut mengumumkan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha menangani perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat.


Enam bidang NKRA itu ialah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, mempertingkat taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkat pengangkutan awam bandar.Pelan hala tuju PTK dijangka menggariskan objektif dan mekanisme untuk mencapai sasaran ditetapkan selepas mendapatkan maklum balas daripada orang ramai bulan lepas.


http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )