Minda Berdaya Saing


Memiliki minda berdaya saing membolehkan kita menjadi individu yang cemerlang .Taraf hidup kita akan bertambah hebat dan tinggi daripada kebiasaan apabila kita ingin bersaing untuk Berjaya.

Minda berdaya saing bagaikan 1 permainan .Pemainnya adalah kita , lawannya adalah individu yang cemerlang dalam bidang kita minati atau terokai.Perasaan berdaya saing boleh disamakan dengan sikap yang tidak pernah berputus asa dalam sesuatu perlawanan.

Mereka yang mempunyai minda berdaya saing kebanyakkan mereka yang dibesarkan dengan persekitaran kehidupan yang mencabar .Mungkin ibu bapa mereka juga mempunyai jalur kehiduapan yang sama.Hal ini membuatkan anak – anaknya mengikut ciri – cirri yang terdapat dalam diri ibu bapa mereka.

Minda inilah yang dikatakan berdaya saing dengan diri sendiri.Walaupun seseorang sudah berjaya, tetapi mereka tetap mahu berdaya saing untuk lebih berjaya dalam hidup & bidang yang mereka terokai.Bersaing tidak semestinya dengan orang lain tetapi kejayaan yang sebelum ini boleh dijadikan benchmark keupayaan untuk kita cuba melepasi.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )