Krisis Makanan


AWAL 2008 bermula dengan krisis makanan yang agak membimbangkan apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan seperti beras, gandum dan jagung susut mendadak di negara-negara pengeluar utama.
Bagai yang diramal oleh kebanyakan pemerhati di seluruh dunia, kegawatan krisis makanan itu tidak menunggu masa yang lama untuk meledakkan kebimbangan global.

Kesannya semakin dirasakan kini apabila kebanyakan negara berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan utama yang serius dengan penyusutan yang disifatkan terburuk sejak 1980.

Di Asia termasuk Malaysia, benua ini meskipun merupakan negara pengeluar beras terbesar dunia, namun tidak dapat mengelak daripada kekurangan bekalan waima untuk kegunaan domestik.

Indonesia pula, mula bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan minyak masak sejak awal tahun ini lagi dan rakyatnya masih merasai tekanannya sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan Filipina dan Thailand yang semakin kekurangan beras memaksa kerajaan negara itu mengeluarkan stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada penduduk.Krisis makanan ruji yang semakin menyusut dan mahal terutamanya beras dan gandum ini membimbangkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mengenai kemungkinan akan berlakunya lebih banyak rusuhan terutamanya di negara-negara miskin.



Ketika ini, bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan rakyat di Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina dan Burkina Faso merusuh dan FAO meramalkan situasi sama bakal menular di lebih banyak negara lain.
Ia berdasarkan laporan Bank Dunia yang meramalkan 33 buah negara bermula dari Mexico sehinggalah ke Yemen turut mengalami tekanan daripada kenaikan berterusan harga makanan dan minyak.





http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )