Pembuangan Bayi


MELAKA 10 Feb. –  Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini. Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih. Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju. Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

Si pelaku atau mana-mana yang berhasrat untuk melakukan hubungan terkutuk sehingga terjadi lagi kejadian buang anak luar nikah di merata tempat, pernahkah anda terfikir apabila anda sudah mempunyai ikatan yang sah nanti dan mempunyai keluarga, anak-anak, suatu hari nanti anak-anak membuang dan mengusir anda daripada keluarga? Membuang anda di rumah orang-orang tua? Dan pada masa itu anda terkenang perbuatan lampau anda sebelum ini dan kemudian baru hendak menyesal?



Sudah tiba masanya kerajaan melipat gandakan usaha dan tindakan dengan mengambil lebih perhatian hal-hal seperti ini. Ya…..kita tidak boleh kawal nafsu serakah anak-anak muda daripada melakukan hubungan seks bukan muhrim, esok lusa entah cerok mana pula jumpa anak luar nikah dibuang. Lebih-lebih lagi, persekitaran dahulu dengan sekarang tidak sama. Dunia anak-anak muda dahulu tidak sama seperti sekarang. Kita hanya boleh kawal kejadian anak luar nikah  ini supaya dapat dikurangkan dengan diberikan ruang  kepada “si ibu” untuk melahirkan anak mereka dengan ini dengan selamat.





http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )