Rahsia Nurulnadia Mendapat Pointer 4.00 STPM


KULAIJAYA 12 Mac - Pelajar cemerlang STPM, Nurulnadia Yeem Rohani, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara (SMKBT), menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan sebuah komputer riba, serta turut digelar sebagai‘Permata Tenggara'.

Gelaran itu berikutan kejayaanNurulnadia mencipta sejarah sekolah dan kawasan Parlimen tersebut dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Kejayaan Nurulnadia itu amat membanggakan dan menjadi bukti bahawa usaha gigih bukan sahaja menjadikan pelajar itu cemerlang, malah gemilang dan terbilang.

Ketika ditanya mengenai rahsianya berjaya muncul antara pelajar terbaik, Nurulnadia berkata, dia memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam bagi mengulang kaji setiap mata pelajaran selepas tamat waktu persekolahan.

"Pada masa sama, selain rajin bertanya dalam kelas saya juga sering menjadi 'guru' kepada rakan lain," katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )