Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Satu kejadian malang dan pilu telah berlaku di kawasan tempatan di Kuching, Sarawak, di mana 3 orang telah mati rentung dalam kejadian kebakaran rumah ini. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat. Semoga mereka ini tabah menghadapi ujian kehidupan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kita semua perlu tahu hazard atau benda bahaya yang ada di rumah kita. Kalau tidak tahu, upah orang yang pakar dalam bidang ini. Satu lagi, hubungan baik dengan jiran amatlah perlu jika terjadi perkara-perkara sebegini. Tolong menolong kan amalan kita di Malaysia.

KUCHING: Menyayat hati apabila seorang nenek ditemui rentung dalam keadaan mencangkung sambil memeluk cucunya dalam bilik tidur utama selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Heng Guan, Jalan Matang, awal pagi semalam.



Api Marak Dengan Cepat

Kejadian berlaku ketika Chin Yok Hui, 42, tidur dalam bilik bersama Wong Kok Liong, cucu lelaki berusia dua bulan, terjaga selepas terasa bahang panas disusuli bau asap, jam 4.45 pagi.

Selain mereka, turut rentung dalam kejadian itu adalah seorang lagi anak perempuan Chin, Liau Jee Khim, 18, selepas ketiga-tiga mangsa malang itu gagal membuka jeriji besi bagi menyelamatkan diri berikutan api marak dengan cepat.

Liau ditemui rentung dalam tandas bilik utama banglo terbabit, dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada api dinyalakan di tempat sembahyang yang diletakkan di ruang tamu rumah terbabit.

Jiran mangsa, Radiah Aznie berusia 40-an, berkata dia terdengar bunyi bising dari luar rumah dan menyangka berlaku pergaduhan namun terkejut apabila diberitahu anak perempuannya ternampak kepulan asap dan api keluar dari kediaman mangsa.


http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )