Ramuan Merbahaya dalam Mee Segera




Anda  penggemar mee segera?  Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak.

Hakikatnya mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan perasa.  Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa yang dikatakan memberi kesan terhadap tubuh kita malah terdapat pelbagai bahan lain yang perlu kita ketahui.





Ramuan Bahaya Dalam Mee Segera


Asid Tartarik   :    Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida  : Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ)   :   Produk berasaskan petroleum iaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT  :   Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate   :  Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate  : Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol  :   Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane  : Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )