
Universiti Malaysia sebenarnya memang sudah ada autonomi dan autonomi yang dianugerahkan baru-baru ini adalah autonomi merangkumi 4 bidang. Kalau sebelum ini, ramai yang mengadu universiti tidak boleh “pergi jauh” dan “bergerak cepat” kerana terdapatnya halangan serta kekangan. Ya…memang benar sama sekali dan disebabkan itulah kuasa autonomi ini kepada 5 buah universiti Malaysia setakat ini. Dan kerajaan sudah melakukannya.
Senarai Universiti Malaysia Yang Diberikan Autonomi & Kuasa Baru Universiti :
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Telah diberikan terdahulu
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
Bidangkuasa IPTA dalam empat bidang merangkumi :
- urus tadbir
- kewangan
- sumber manusia
- pengurusan akademik serta pengambilan pelajar mulai September 2012 ini
Secara umumnya sebelum ini, kerajaan hanya tanggung 70% (kalau tidak silap kami) daripada perbelanjaan operasi/mengurus sesebuah IPTA, manakala 30% lagi IPTA perlu menjana pendapatan sendiri.
Dan dengan 5 buah universiti Malaysia ini diberikan kuasa autonomi, menjadi persoalan kepada kami adakah kadar peratusan melibatkan dana yang perlu dijana oleh pihak universiti akan terus meningkat, manakala kerajaan pula akan mengurangkan terus peratusan pemberian dana daripada pihak kepada kepada 5 universiti Malaysia tersebut?
Universiti Malaysia perlu mempunyai pengurusan tersendiri
Hakikatnya untuk mengangkat universiti Malaysia menjadi universiti terkemuka sememangnya memerlukan bajet yang cukup besar disamping tidak menggadaikan kualiti P & P. Tidak cukup setakat itu sahaja. Universiti Malaysia memang perlu mempunyai pengurusan tersendiri dan kalau boleh pihak kerajaan juga perlu kurangkan campurtangan sehingga boleh “membebankan pihak lain”. Universiti terkemuka di dunia pun kerajaan mereka tidak masuk campur.
Universiti Malaysia perlu mempunyai pengurusan tersendiri

Kalau menyentuh soal dana universiti, awal-awal lagi universiti Malaysia jatuh tertinggal di belakang. Berbanding universiti terkemuka dunia seperti Harvard dan John Hopkins yang memiliki dana yang cukup besar, hasil perolehan daripada :
- alumni
- sudah beratus tahun dan memang bajet mereka cukup besar
- sehinggakan mereka boleh taja & salurkan dana besar kepada universiti lain lagi
Universiti ditadbir dengan penuh integriti
Jadi untuk mencapai ke arah untuk memiliki dana yang besar mungkin mengambil masa sedikit.Mungkin selepas diberikan autonomi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sumber universiti ditadbir dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Dan universiti Malaysia memang digalakkan untuk menjana pendapatan sendiri tetapi tidaklah menyebabkan 5 universiti Malaysia ini akan berorientasisikan keuntungan semata-mata, kerana “core bisnes” universiti Malaysia tetap berada dalam lingkungan bidang akademik.
Universiti Malaysia sebagai badan berkanun boleh menubuhkan anak syarikat dan melakukan aktiviti perniagaan dan pelaburan yang mana anak syarikat yang ditubuhkan universiti Malaysia bertujuan untuk memasarkan hasil R & D & C mereka dan kebanyakkan perniagaan mereka lebih berdasarkan kepada bidang tujahan (niche area) universiti tersebut.
Kalau dilihat sekarang ini, 5 universiti Malaysia yang dipilih ini sudah mula kurangkan pengambilan undergraduate dan meningkatkan pula kuota postgrade.