Harga Minyak Semakin Meningkat 2012


Gelombang Kenaikan Harga Minyak Dunia 2012

minyak iran Harga Minyak Dunia 2012 Naik Mendadak Jika Sekatan Minyak Ke Atas Iran Diteruskan?
Apa yang boleh kami katakan di sini, tindakan seperti akhirnya nanti akan bukan sahaja memakan diri mereka sendiri, malahan negara-negara lain akan turut terkena “tempiasnya”. Secara kolektifnya, sekitar 18% destinasi minyak Iran sampai ke negara Eropah. Apabila diambil kira harga minyak di Eropah didagangkan dalam matawang Eropah menunjukkan harga pernah berada di kemuncak pada tahun 2008? (Yang menyebabkan pada masa itu jugalah kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak terlalu tinggi secara mendadak)


Apa Yang Akan Terjadi Akhirnya Nanti?
  1. Bekalan minyak ke Eropah berkurangan, minyak naik
  2. Jikalau Iran tembak kapal minyak lalu selat hormuz,  besar kemungkinan minyak milik Arab Saudi banyak yang tidak akan sampai ke destinasi
  3. Harga minyak akan melambung tinggi. Akhirnya banyak negara akan terkesan
  4. Jadi adakah ini permainan dan wayang Amerika + sekutu untuk serang Iran atas alasan untuk menjamin kestabilan + kesejahteraan dunia?
Mampukah rakyat menghadapi kenaikan harga minyak

Untuk berperang dengan Iran tidak semudah ketika berperang dengan Iraq dan Afghanistan. Jadi, untuk masa terdekat ini, cara nak dapatkan duit mudah, menimbulkan pelbagai spekulasi untuk berperang. (Dapat lah mereka tambahan US$30 – US$40 untuk setiap tong).

Tetapi adakah mereka terlepas pandang, terhadap negara-negara yang tak setuju dengan tindakan ini, pasti ada jalan untuk memberikan tekanan dan memaksa EU menarik baik “tindakan kurang cerdik” seperti ini.
Kalau diiukut rekod sekarang ini, sudah beberapa kali Iran dikenakan sekatan ekonomi, rakyat mereka pastinya sudah bersedia dengan bahana ini tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ini mampukah rakyat dari negara-negara Eropah sanggup menghadapi kenaikan harga minyak dunia yang melampau.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )