
Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :
- Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
- Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?
Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :
- Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
- Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)
Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup
Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :
“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau (Nur Amalina) “ibarat permata bagi negara”.
Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.
Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.