Teknologi 4G di IPT


Apa yang dok heboh-heboh pasal kemudahan 4G yang akan disediakan untuk pelajar IPTA. Apa sebenarnya kemudahan teknologi 4G ini? Okey….sebenarnya 4G adalah singkatan daripada istilah bahasa Inngerisnya iaitu Fourth Generation Technology atau Sistem Komunikasi Generasi Keempat.
JOHOR BAHRU: Kira-kira 400,000 penuntut bagi 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara bakal menikmati kemudahan capaian jalur lebar data suara 4G melalui Program Rakan Pendidikan (EPP) YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) menjelang akhir tahun ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perjanjian yang dimeterai antara YTL Comms dan UTM, adalah menepati konsep 1Malaysia bagi membangunkan tamadun masyarakat negara ini sejajar dengan kemajuan masyarakat maju di luar negara
“Program berkenaan menyediakan peluang kepada pelajar IPTA untuk mengakses Intranet dan Internet pada bila-bila masa, di mana jua, di dalam kampus. “EPP juga membolehkan penuntut membawa arus perubahan positif dalam suasana pembelajaran berteras 4G yang akan menyumbang ke arah kejayaan negara yang lebih cemerlang pada masa depan,” katanya.


Apa yang bagusnya dan kelebihan teknologi 4G ini?
  • Teknologi 4G menyediakan penyelesaian sepenuhnya apabila suara, data dan kandungan multimedia lain disampaikan kepada pengguna bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pada kepantasan yang lebih tinggi berbanding mana-mana generasi komunikasi sebelum ini.
  • 4G merupakan sistem dan rangkaian bersepadu berasaskan protokol Internet (IP) sepenuhnya untuk kegunaan gabungan rangkaian wayar dan tanpa wayar seperti komputer, peralatan elektronik, teknologi komunikasi dan sebagainya dengan kemampuan perpindahan data sehingga 100 Megabit sesaat (Mbps) dan 1 Gigabit sesaat-sama ada di dalam atau luar persekitaran dengan kualiti dan keselamatan yang tinggi serta mampu milik.
  • Teknologi 4G juga dibangunkan untuk disesuaikan keperluan kepada aplikasi masa depan seperti akses jalur lebar tanpa wayar, Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS), perbualan video, TV bergerak, kandungan TV definisi tinggi, perpindahan data dan suara di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Ciri-ciri yang terdapat pada teknologi 4G ?
  • Spektrum sistem yang cekap.
  • Kapasiti rangkaian yang tinggi- penggunaan serentak yang tinggi.
  • Kadar data sehingga 100 Mbit di antara dua punca akses.
  • Pertukaran yang sempurna di antara dua rangkaian yang berbeza.
  • Sambungan yang pantas dengan perayauan antarabangsa di antara beberapa rangkaian.
  • Perkhidmatan berkualiti tinggi untuk sokongan multimedia masa depan (audio masa sebenar, data berkepantasan tinggi, kandungan video HDTV, TV bergerak dan sebagainya).
  • Boleh beroperasi pada asas tanpa wayar sedia ada.
  • Paket pertukaran rangkaian untuk semua protokol Internet (IP).

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )