Dasar BioFuel Malaysia

Dasar BioFuel Malaysia telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005. Dasar ini menggalakkan penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel berasaskan petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran serta memperluaskan kegunaan penggunaan minyak kelapa sawit. 

Minyak biodiesel kelapa sawit B5 akan mula dijual pada Jun 2011. B5 akan mula dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian. Sebagai permulaan sebanyak 200,000 tan metrik bahan api alternatif itu akan dipasarkan pada tahun 2011.

Keerajaan akan mengkaji dan menggubal Dasar Biofuel Negara bagi mencari jalan terbaik untuk membangunkan sektor biofuel di negara ini.
Ia dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.



Akta Biofuel Negara

Dasar itu akan meliputi penggubalan Akta Biofuel Negara dan penyediaan pelbagai insentif untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta.
Dasar baru dijangka diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan pengeluaran dan penggunaan biofuel berasaskan minyak kelapa sawit.

Dasar tersebut melibatkan lima teras iaitu biofuel untukpengangkutan, biofuel untuk industri, teknologi biofuel, biofuel untuk eksport dan biofuel untuk alam sekitar yang lebih bersih.

ENVO Diesel tersebut juga akan dibekalkan kepada sektor industri termasuk bagi dandang api dalam pembuatan serta mesin dan generator pembinaan bagi menjayakan teras kedua dasar baru itu.


Penyelidikan & Pembangunan

Teras ketiga dasar itu akan melibatkan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan teknologi biofuel akan dijalankan serta dibiayai secukupnya oleh kerajaan dan sektor swasta, termasuk pemodal teroka.

Sehubungan itu, kerajaan dan sektor swasta turut membantu penubuhan kilang-kilang biofuel untuk tujuan eksport. 


Bagi teras yang kelima, penggunaan biofuel akan meningkatkan kualiti alam sekitar dan ia dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan api fosil, meminimumkan pelepasan gas rumah hijau dan bahan tercemar yang lain.
Penggubalan dasar itu dijangka akan memperhebatkan lagi kejayaan negara dalam bidang biofuel dan meningkatkan lagi penggunaan biofuel berasaskan minyak kelapa sawit di negara ini.


Terdahulu, kejayaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membantu merintis teknologi menukar minyak kelapa sawit kepada biodiesel sawit bagi diuji oleh kerajaan merupakan satu perkembangan yang baik.


Teknologi Biofuel
Kejayaan tersebut telah membuka peluang MPOB membangun dan mempatenkan teknologi pengeluaran biofuel berasaskan minyak sawit selain turut berjaya menghasilkan teknologi untuk mengeluarkan biodiesel sawit bagi cuaca sejuk.

Didorong kejayaan itu, kerajaan memberi mandat kepada Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk meneraju pembangunan biofuel bagi kegunaan tempatan dan eksport.


Pada bulan Mac lalu, kerajaan telah melancarkan satu kempen dengan peruntukan RM7 juta untuk mewujudkan kesedaran, ujian sukarela dan mempromosikan penggunaan ENVO Diesel.



http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )