Dasar Warga Emas

 
TAKRIFAN
Warga tua ditakritkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna.

OBJEKTIF

• Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.
• Menggalakkan pewujudan dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah kesejahteraan hidup mereka.

STRATEGI

- KEHORMATAN DAN MARTABAT DIRI
• Membolehkan warga tua hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan;
• Menentukan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur , jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka;
• Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka;
• Memudahkan warga tua mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

- KEUPAYAAN BERDIKARI
• Mempastikan warga tua dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta usaha sendiri;
• Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terns berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara;


- PENYERTAAN
• Membolehkan warta tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda;


- PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN
• Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini
• Memudahkan warga tua mendapat jagaan kesihatan untuk membantu mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit ;


- PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
• Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan pengumpulan maklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua ;
• Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan Perundingan Warga Tua Kebangsaan membantu menyelaraskan dan mengenalpasti keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi warga tua.


PENDIDIKAN
- Kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan perlu disediakan untuk membolehkan warga tua untuk mengikuti kursus dan melanjutkan pelajaran bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi ketahap optimum. Kurikulum sekolah perlu mengambilkira pendidikan kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami warga tua.

PEKERJAAN
- Warga tua digalakkan untuk terus menyumbangkan kepada pembangunan negara melalui penyertaan dalam pekerjaan berasaskan kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Dengan secara ini mereka boleh hidup berdikari dari segi pendapatan dan kesejahteraan hidup.


PERUMAHAN
- Rumah-rumah yang sedia ada dan akan dibina perlu mengambilkira kemudahan-kemudahan yang sesuai untuk warga tua, supaya membolehkan mereka dapat hidup dengan lebih selesa.

KESlHATAN
- Kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang sesuai dan khusus untuk warga tua perlu disediakan bagi menentukan mereka boleh hidup dengan penjagaan kesihatan yang sempurna

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )