Isu bahan radioaktif



 “Penemuan dan penghasilan sumber tenaga alternatif memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Namun begitu, penemuannya turut menimbulkan risiko kepada sesebuah negara.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? 


6 Mei 2011 – Keputusan mengenai pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang, dijangka diketahui pada hujung bulan depan.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, panel antarabangsa yang terdiri daripada lima pegawai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan empat pakar antarabangsa akan mendengar pandangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai untuk dinilai.

Dalam hal ini, kerajaan memberi jaminan bahawa panel ini akan menjalankan tugas sebaik mungkin serta terbuka dan telus kerana isu ini berkait dengan keselamatan awam.

Isu pembinaan loji itu oleh Lynas Corporation Ltd. of Australia mendapat bantahan beberapa pihak kerana isu keselamatan dan kesihatan. Ia semakin berlarutan menjadi isu politik apabila disensasikan oleh pihak pembangkang. Panel pakar itu akan mula mendengar pandangan pelbagai pihak bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini di Kuantan, Pahang serta di ibu negara.




Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.

Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.







http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )