Masalah Penyalahgunaan Dadah

KUALA LUMPUR, 21 April 2009(Bernama) — Penagihan dadah merupakan masalah serius di Malaysia dengan purata 16 penagih baru dan 18 penagih berulang dilaporkan setiap hari di sepanjang tahun lepas.

Satu lagi hakikat yang patut diberi perhatian dalam statistik 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi) ialah 6,413 (51.92 peratus) daripada 12,352 penagih dadah yang dikenalpasti merupakan penagih berulang.

Berdasarkan kepada angka penagih berulang ini, Tan Sri Lee Lam Thye, bekas pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), membuat kesimpulan bahawa program pemulihan yang dijalankan selama ini gagal memenuhi objektifnya.


MERAWAT PENAGIH KERJA SIA-SIA?

Beratus juta ringgit dibelanjakan selama ini dalam memulihkan penagih yang bilangan mereka terus meningkat selain aktiviti jenayah mereka yang mengancam masyarakat.

Rakyat Malaysia tentu masih ingat sejumlah Pusat Serenti yang dibuka, sekarang ini dikenali sebagai Puspen (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik), dan pusat pemulihan di seluruh negara yang sering menjadi perhatian kerana penghuni yang merusuh.

Penagihan dadah merupakan masalah perlakuan dan biologi yang kompleks tetapi boleh dirawat seperti yang dinyatakan oleh Dr Sivakumar Thurairajasingam, perunding psikiatri dan pensyarah School of Medicine and Health Sciences, kampus Monash University di Malaysia.

Oleh itu, seperti di kebanyakan negara maju, Malaysia turut mengamalkan Terapi Penggantian Dadah (DST) sejak 2002 yang merupakan pilihan lebih berpotensi dalam membantu penagih pulih. Melalui terapi ini penagih sebenarnya mengambil dadah gantian yang lebih selamat dan pada masa yang sama mereka menjalani proses pemulihan. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu dalam menggunakan DST yang perlu diberi perhatian supaya hasilnya mencapai tahap yang memberangsangkan.



Dadah dibenarkan di Malaysia

Senario ketiga menjadi keluhan Datuk Dr Lim Boon Sho, naib presiden AMAM, yang dua daripada pesakitnya ditangkap polis baru-baru ini ketika mereka menerima rawatan suboxone, satu daripada dadah gantian yang dibenarkan di bawah Akta Racun 1952.

“Seorang daripada pesakit saya yang dibawa oleh bapanya bagi menjalani DST ditangkap di luar klinik selepas beliau menerima rawatan kali pertama. Seorang lagi pesakit yang merupakan pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai yang mengikuti rawatan DST dengan rapi sejak dua tahun lepas, dan menunjukkan tanda-tanda pulih yang baik, juga ditangkap selepas menerima rawatan daripada saya. Tindakan ini memang membingungkan saya dan menimbulkan kebimbangan keluarga penagih.

“Saya mendapati terdapat salah faham yang serius mengenai dadah gantian ini,” katanya.



Klinik untuk penagih dadah

Ketua penyelaras pusat itu Dr Rusdi Abdul Rashid berkata pusat berkenaan merupakan hasil daripada projek perintis MSDT yang dilancarkan pada 2005 di klinik psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).Selepas beberapa minggu memulakan rawatan, kebanyakan penagih dapat kembali bekerja dan menikmati kehidupan yang lebih baik. Klinik itu dijangka memberikan rawatan kepada antara 200-400 pesakit sebulan dengan sekurang-kurangnya 200 merupakan mereka yang daripada senarai menunggu di klinik psikologi.

Dr Rusdi percaya klinik itu sedia memainkan peranan besar dalam mencapai matlamat kerajaan untuk memulihkan sehingga 60 peratus daripada sejumlah 72,000 penagih heroin yang diramalkan menjelang 2015.MDST kemungkinan harapan terbaik buat masa ini dalam merawat penagih dadah dan banyak pusat pemulihan mula mengamalkan program ini. Bagaimanapun bilangan penagih yang meningkat setiap tahun masih membimbangkan kerana beban yang ditanggung untuk memulihkan mereka.





http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )