Petani Rugi RM150 Juta Akibat Kemarau



MACHANG – Lebih 10,000 petani negeri ini kerugian kira-kira RM150 juta, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, kerugian itu ekoran pengeluaran padi petani dalam kawasan KADA terbabit merosot sehingga 120,000 tan pada tahun ini akibat musim kemarau.“Malah tiga rumah pam untuk mengalirkan air ke sawah tidak berfungsi kerana air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama juga berada pada paras kritikal,” katanya semasa melawat Rumah Pam Utama Kemubu di sini hari ini.

Annuar bagaimanapun berkata, selain kemarau, kemerosotan paras air sungai di Kelantan dipercayai didorong oleh sistem ekologi yang semakin terancam.

Menurut beliau, perkara itu berlaku akibat penebangan kawasan balak di kawasan Hulu Kelantan dan pengambilan pasir sungai tidak terkawal untuk pembangunan.

Jelas beliau, bacaan paras air di pam utama KADA di Kemubu kini berada pada tahap 4.90 meter, Rumah Pam Lemal (0.7m) dan Rumah Pam Kasar (1.3m).


http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )