Kemalangan Jalan Raya


KOTA BAHARU – Seorang kanak-kanak dan seorang dewasa yang belum dikenal identiti dan jantina rentung dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar di Peringat dekat sini malam Selasa.

Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, sebuah kereta jenis Toyota Rush yang dinaiki mangsa dari arah Kota Baharu menghala ke Pasir Puteh, terbabas sebelum melanggar sebatang tiang lampu dan kemudiannya masuk ke arah jalan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata tujuh anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran dan mendapati ada dua orang mangsa iaitu seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah pemandu) dan seorang dewasa di tempat duduk pemandu di dalam kereta Toyota Rush itu.

Dua penumpang di dalam pacuan empat roda, masing-masing seorang lelaki dan wanita cedera ringan dan diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, katanya.




Dua kenderaan itu terbakar

Dua mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat.

Saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 30-an, warganegara Myanmar yang bekerja di sebuah kilang kertas berdekatan tempat kejadian, berkata dia mendengar bunyi dentuman kuat sebelum keluar dari kilang tempat kerjanya.

Abdul Razak berkata dia melihat dua kenderaan itu terbakar lalu bergegas menyelamatkan dua mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda itu.

Orang lain yang berada di kawasan sekitar cuba membantu menyelamatkan mangsa yang berada di dalam Toyota Rush dengan memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api yang diambil dari kilang, namun gagal kerana api yang marak.


http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )