Biasiswa untuk semua pelajar IPTA & IPTS tahun hadapan

Isu PTPTN



Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Jika semua pelajar diberikan biasiswa, mana PTPTN nak cari dana? Seterusnya menyebabkan dana tidak ada atau semakin berkurangan, peruntukan pinjaman terpaksa dikurangkan. Ramai yang tidak dapat buat pinjaman. 

Kesan Pendidikan Percuma
Jika diberi pendidikan percuma, rakyat Malaysia akan menjadi lebih bodoh dari yang sedia ada.Malah mutu kecermerlangan pelajar juga merosot sekaligus menyebabkan tahap pencapaian negara dalam bidang pendidikan merosot.

Di mana-mana negara pada masa kini biasiswa layak diberikan kepada pelajar yang cemerlang akademik & aktif dalam kokurikulum di semua institusi pendidikan.

Lebih baik jika PTPTN dijadikan sebagai pinjaman boleh ubah. Kalau dapat 3.5 ke atas terus jadikan biasiswa manakala kalau 3.0 ke atas dapat pengurangan dan di bawah 3.0 barulah dikenakan syarat bayaran penuh. 

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )