Demontrasi pemansuhan PTPTN



Isu PTPTN adalah satu isu yang sangat dekat dengan anak muda hari ini. Masing-masing pernah menjadi pelanggan PTPTN bagi mendapatkan pinjaman untuk tujuan melanjut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekarang ini berlaku lambakan graduan pengajian tinggi yang masih tercari-cari pekerjaan. Salah satu punca masalah yang kami perhatikan sekarang ini apabila melihat kepada situasi di mana, isu pendidikan telah dikomersialkan dan menjadi satu “medan dan pentas” untuk golongan kapitalis ini mencari keuntungan.



Sebab - sebab berlaku demontrasi PTPTN

1.Kos yang tinggi dalam jurusan kejururawatan ,  ramai  yang masih tak mendapat pekerjaan & dihimpit bebanan hutang yang tinggi.

2. Belajar mahal, tetapi ruang pekerjaan yang disediakan terhad & banyak graduan yang ada.

3.Kolej-kolej swasta  mengambil pelajar baru untuk jurusan yang sama setiap tahun, menyebabkan berlaku  lambakan graduan .

4.PTPTN mengamalkan konseb riba atau along menyebabkan sukar untuk membayar kerana hutang yg tinggi

PTPTN juga bertindak melebihi bidang kuasa pihak bank dan dilihat menindas graduan.Sedangkan PTPTN tidak  dilesenkan sebagai institusi kewangan. 




Jika ingin memansuhkan PTPTN , kerajaan perlu menanggung sekitar RM4 billion – RM6 billion untuk membantu pengajian anak-anak muda ini setiap tahun.Perdana Menteri juga mengatakan bahawa pemansuhan PTPTN memerlukan 43 billion sekaligus menyebabkan kerugian terhadap negara.

Wajib Baca 

- Demontrasi Pemansuhan PTPTN
- Kesan Pemansuhan PTPTN
- Biasiswa diberikan kepada semua pelajar universiti









Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )