
KUALA LUMPUR- Polis mempunyai bukti bahawa terdapat kecenderongan untuk menyebabkan kematian semasa perhimpunan Bersih 3.0 berlangsung pada 28 April lalu.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ini berdasarkan bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.
Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata,klip itu, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.
Pilihan raya adalah kuasa rakyat
Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas pembangkang kerana mengambil jalan keluar dengan demonstrasi jalanan bagi memenuhi sifat gilakan kuasa.
Beliau menegaskan perhimpunan disusuli dengan tindakan ganas tidak selaras dengan budaya Malaysia yang mendokong nilai-nilai murni.
"Kita perlu membenarkan rakyat kita untuk berfikir secara rasional dan bijaksana dalam atmostphere yang kondusif untuk menilai polisi pihak dan program-program yang dijanjikan untuk mereka ... biarkan pilihan raya itu memberi kuasa kepada rakyat.
Wajib Baca

http://bit.ly/pengetahuanam
( Sumber Rujukan PA Anda )