Video keganasan & kebenaran bersih 3.0

 KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya bebas dan adil, di ibu negara kelmarin.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.



"Mereka kata ia lebih baik daripada berlaku pertempuran secara fizikal. Kalau tak bersurai tentu sekali kes-kes fizikal dan kecederaan tentu lebih besar dan parah daripada apa yang berlaku semalam (kelmarin)."Mungkin lebih serius seperti kehilangan nyawa dan sebagainya. Kita tidak tolak kemungkinan ia boleh berlaku sebab bila ada demonstrasi jalanan, akan dipengaruhi unsur-unsur yang amat sukar dikawal," katanya.


 Katanya, serangan ke atas pihak berkuasa dan tindakan merempuh penghadang yang didirikan menunjukkan peserta perhimpunan tidak menghormati keputusan mahkamah, mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang, menunjukkan budaya keterlaluan dan ganas.

Wajib Baca




http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )