Keputusan Siasatan SUHAKAM

Siasatan Keganasan Polis

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0  perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media alternatif di alam maya.

Sudah pasti ia dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan laporan satu hala sahaja,” kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.



Siasatan Secara Terbuka Dijalankan

Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.

Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang bertindak secara telus dan adil.

“Siasatan tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut,” ujarnya.

Wajib Baca





http://bit.ly/pengetahuanam
(  Sumber Rujukan PA Anda  )



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog ini di dalam Network Pra Universiti 
( Peringkat Percubaan )